Mungkin agak terlewat untuk aq menceritakan tentang Gerhana Bulan sebuah fenomena yang menjadi tanda kekuasaan Allah yang maha esa..secara jujurnya aq pon tak tau macam mana gerhana bulan penuh yang sebenar sebab aq tak pernah tengok lagi..gerhana matahari pernah lah aq tengok..aq rase tak payah lah cerita panjang lebar tentang proses kejadian nya sebab anda tau aq pon tau...kan??
Sebagai seorang umat islam yang berpegang kepada kitab Al-Quran,Al-Quran adalah panduan terulung bagi umat muslim..menurut hadis,aq pon pasti yang anda mesti tau yang bila terjadinya gerhana bulan atau gerhana matahari,kita amat digalakkan berzikir,berdoa,bersedekah dan menunaikan solat sunat gerhana bulan atau matahari..kalau gerhana bulan anda juga digalakkan sembahyang sunat Khusuf seperti yang disarankan oleh nabi Muhammad S.A.W. sendiri..bagaimana pula kepercayaan pada bangsa yang lain pula??huh,pada entri kali nie lah aq nak ceritakan sikit pasal kepercayaan bangsa dan puak2 yang tertentu tentang gerhana bulan..
Menurut lagenda cina,bulan melambangkan ataupun mewakili cermin..dan bila terjadinya gerhana bulan ,orang cina akan memukul cermin untuk menghalau naga yang telah menelan bulan..Orang Viking pula percaya ada 2 ekor serigala cuba menelan bulan dan matahari..jadi cara untuk menghalau serigala ''NAKAL'' itu dengan membuat bising..kononnya bila serigala yang terdengar bunyi bising diorang larilah...
Puak Red Indian percaya roh-roh yang sudah mati ingin memakan bulan..Bomoh puak Indian akan mengadakan upacara menghalau roh-roh itu dan orang-orangnya dilarang makan kerana diorang percaya roh-roh akan kelaparan yang mungkin menjadi punca bulan sebagai menu alternatifnya..
Dalam banyak2 kepercayaan,aq paling suka dan tertarik dengan kepercayaan sekumpulan puak di hutan Amazon nie..diorang beranggapan bulan bergaduh dengan matahari akibat salah faham dan kononnya pergaduhan itu telah berjaya dibereskan oleh bomoh yang paling hebat di puak itu..Dan nie pulak kesnya ,kerpercayaan nie daripada orang asli orang Amerika iaitu seekor beruang yang sedang asyik mengililingi galaksi bima sakti telah bergaduh dengan bulan kerana bulan menghalang laluannya..Jadi kalau jadiknya gerhana bulan,orang asli di Amerika akan percaya dengan kejadian kat atas lah..
Apa2 pon lagendanya,kita dah semakin maju dalam bidang sains dan astronomi..jadik kejadian gerhana ini samaada bulan atau matahari adalah tanda kebesaran tuhan yang agung dan pencipta sekalian alam...
NOTA:TERIMA KASIH KERANA MEMBACA..
No comments:
Post a Comment