Menunaikan solat adalah satu tuntutan yang perlu dilakukan oleh seluruh umat islam sedunia..tidak kira dimana sahaja anda berada,anda tetap diwajibkan untuk solat kecuali atas sebab2 yang tertentu..tentang rukun2 aq tak perlulah nak terangkan dengan lebih terperinci sebab aq dah tau dan anda pon tau..
pada entri kali nie aq nak kupas tentang hukum solat dalam gelap kepada anda..
pada entri kali nie aq nak kupas tentang hukum solat dalam gelap kepada anda..
Apa hukumnya solat dalam gelap??mungkin orang tua2 kata yang solat dalam gelap nie makruh,sunat..ada juga yang berpendapat kononnya solat dalam gelap solat dengan syaitan..Sebenarnya solat boleh didirikan dimana-mana sahaja asalkan tempat tersebut bersih..begitu jugak dengan keadaan sekeliling..walaupun kita solat dalam keadaan gelap sekalipun solat kita tetap sah..
#1..Sekiranya kita berpendapat yang solat dalam gelap nie boleh mendatang kekhusukkan,jadi amat digalakkan sekali atau sunat untuk kita menunaikan solat dalam keadaan sebegini..namun jika boleh mendatangkan keraguan kepada orang lain eloklah solat dalam keadaan yang terang..
#2..Nabi sendiri telah mendirikan solat dalam keadaan yang gelap kerana zaman Nabi takda elektrik..tetapi ingat,jika anda mengatakan menunaikan solat dalam gelap adalah sunnah Nabi,maka ia akan menyalahi hukum syarak..ini kerana perbuatan Nabi mendirikan solat dalam gelap adalah bersesuaian dengan zaman Nabi ketika itu..
#3..Sekiranya ada dakwaan yang mengatakan solat dalam gelap itu satu ibadat,maka ia adalah satu perbuatan Bida'ah dan wajib ditolak..
#4..Perbuatan makruh ketika ketika solat dalam gelap pula adalah kita tidak mengetahui sekiranya adanya najis atau sebarang kekotoran yang terdapat pada tempat kita solat..
Jadi secara kesimpulannya,takda salahnya jika anda mendirikan solat dalam keaadaan gelap..
cuma anda perlu mengetahui serta memahami konsep dan hukum2 solat dalam gelap ini sahaja..
NOTA:TERIMA KASIH KERANA MEMBACA
No comments:
Post a Comment