Pengunjung

Thursday, 29 December 2011

Hukum Solat dalam gelap..


Menunaikan solat adalah satu tuntutan yang perlu dilakukan oleh seluruh umat islam sedunia..tidak kira dimana sahaja anda berada,anda tetap diwajibkan untuk solat kecuali atas sebab2 yang tertentu..tentang rukun2 aq tak perlulah nak terangkan dengan lebih terperinci sebab aq dah tau dan anda pon tau..
pada entri kali nie aq nak kupas tentang hukum solat dalam gelap kepada anda..

Apa hukumnya solat dalam gelap??mungkin orang tua2 kata yang solat dalam gelap nie makruh,sunat..ada juga yang berpendapat kononnya solat dalam gelap solat dengan syaitan..Sebenarnya solat boleh didirikan dimana-mana sahaja asalkan tempat tersebut bersih..begitu jugak dengan keadaan sekeliling..walaupun kita solat dalam keadaan gelap sekalipun solat kita tetap sah..

#1..Sekiranya kita berpendapat yang solat dalam gelap nie boleh mendatang kekhusukkan,jadi amat digalakkan sekali  atau sunat untuk kita menunaikan solat dalam keadaan sebegini..namun jika boleh mendatangkan keraguan kepada orang lain eloklah solat dalam keadaan yang terang..

#2..Nabi sendiri telah mendirikan solat dalam keadaan yang gelap kerana zaman Nabi takda elektrik..tetapi ingat,jika anda mengatakan menunaikan solat dalam gelap adalah sunnah Nabi,maka ia akan menyalahi hukum syarak..ini kerana perbuatan Nabi mendirikan solat dalam gelap adalah bersesuaian dengan zaman Nabi ketika itu..

#3..Sekiranya ada dakwaan yang mengatakan solat dalam gelap itu satu ibadat,maka ia adalah satu perbuatan Bida'ah dan wajib ditolak..

#4..Perbuatan makruh ketika  ketika solat dalam gelap pula adalah kita tidak mengetahui sekiranya adanya najis atau sebarang kekotoran yang terdapat pada tempat kita solat..



Jadi secara kesimpulannya,takda salahnya jika anda mendirikan solat dalam keaadaan gelap..
cuma anda perlu mengetahui serta memahami konsep dan hukum2 solat dalam gelap ini sahaja..



NOTA:TERIMA KASIH KERANA MEMBACA




Wednesday, 21 December 2011

Langkah-langkah yang anda perlu lakukan ketika tayar kenderaan anda bocor.

Pernah tak ketika dalam perjalanan untuk pulang ke kampung,tayar kereta anda bocor??dan bila dah bocor anda tau tak nak buat apa??aq agak mesti anda akan berjalan dengan angkuh ke bonet kereta untuk mengambil tayar spare..kalau yang ada tu adalah..nie yang takda tayar spare..mesti sakit hati kan??aq nak kong sikan sikit tips atau Langkah-langkah yang anda perlu lakukan ketika tayar kenderaan anda bocor..

RUMPUT

  • Cara nie memang mudah..anda hanya perlu membukak tayar kereta anda dan koyakkan tayar kereta{sebelah tepi} macam nie lah:

  • Lepastu masuk dalam semak cabut rumput sebanyak yang boleh..camporkan sekali daun2 kering kedalam tayar..lepas tu masukkan rumput dengan daun yang telah dikumpul kedalam tepi tayar..padatkan!!
  • pandu uji!!!


Batang Kayu

  • Cara nie aq rasa memang mustahil untuk dicuba..cuba anda bayangkan jika ingin menggunakan cara ini ,anda mesti mempunyai kapak atau penebang pokok..
  • kalau anda ada peralatan diatas anda hanya perlu menebang pokok yang berdekatan..selepas itu ikat batang kayu tersebut dekat rim menggunakan tali yang kuat..
  •  pandu uji..


KAYU BALAK BULAT

  • Kaedah nie jgak agak mustahil untuk dicuba kerana memerlukan jugak mesin penebang pokok..
  • tapi kalau nak cuba jgak,potong batang pokok berbentuk bulat..
  • pasangkan di kereta dan pandu uji..




Huh dah tau kan caranya??walaupun mengarut tapi kadang2 memang ada hasil dan guna jugak..contohnya tayar yang dimasukkan rumput..kan bertahan..cuma tak tahan langgar lubang jek..cara 2 pulak batang pokok..aq rasa cara nie memang x bagos,dan cara yang t'akhir memang berkualiti walaupun dah langgar apa2..siap boleh buat drift lagi..huh sebelum aq mengakhiri entri nie anda mesti tertanya2 dari mana cara dan video nie terhasil..sebenarnya cara yang aq syorkan dekat anda nie semue telah pon diuji dalam rancangan THE MYTHBUSTERS..hahaha!!rancangan nie memang rancangan favourite aq..!!



NOTA:TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Tuesday, 20 December 2011

Info menarik tentang handphone dan laptop..

         
Telefon Bimbit ataupun nama inggerisnya iaitu Handphone adalah salah satu gajet yang paling penting dalam hidup seseorang..kalau dulu nak dapat handphone kokak pon susah..tapi zaman sekarang peh memang mewah..budak baru darjah 4 pon dah ada handphone..kalau aq nak sebutkan lah nama2 atau jenama handphone nie memanglah tak cukup page..tapi pada entri kali nie aq bukannya nak kongsi dengan anda jek tentang handphone tapi aq jgak nak kongsikan pasal laptop..huh informasi nie berguna tau..baca sampai abis..

HANDPHONE

  • Handphone dan antena menara kawalan punca risiko kesihatan pada manusia..ramai yang rasa bimbang berdasarkan radiasi elektromagnet dari  handphone yang mampu memberi kan pengguna nya kanser..walau bagaimanapun takda bukti yang sahih untuk dakwaan nie..
  • 300 Disneyland mengumpul sejumlah 300 handphone seminggu termasuk gajet seperti ipods dan lain2..
  • Nokia Carporation adalah pengeluar handphone terbesar di dunia..
  • Handphone pertama yang praktikal direka oleh Martin Cooper dan melakukan panggilan yang  pertama di dunia pada 3 April 1973..

                                                 MARTIN COOPER
  • Di negara Malaysia, terdapat lebih 29 juta unit handphone digunakan..
LAPTOP






  • Warga London dilaporkan banyak meninggalkan barang dalam teksi..Sejak 2001 sebanyak 4,973 komputer riba telah ditemui..
  • Laptop termahal pernah dikeluarkan ialah 1 juta dollar oleh Luvaglio..


  • Sebanyak lebih dari 12,000 unit laptop telah hilang setiap minggu di lapangan terbang Amerika Syarikat..
  • Gunakan papan kekunci dan tetikus secara berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di laptop..
  • Bateri laptop yang kerap dicas akan menyebabkan bateri hilang keupayaan menyimpan tenaga dibawah 50 peratus..
  • Laptop lebih sejuk tanpa haba dari bateri.,.
  • Pastikan bateri laptop dibawah 10 peratus sebelum dicas semula..


NOTA:TERIMA KASIH KERANA MEMBACA..

Friday, 16 December 2011

Misteri dan kepercayaan bangsa dan puak2 tertentu terhadap GERHANA BULAN

            

Mungkin agak terlewat untuk aq menceritakan tentang Gerhana Bulan sebuah fenomena yang menjadi tanda kekuasaan Allah yang maha esa..secara jujurnya aq pon tak tau macam mana gerhana bulan penuh yang sebenar sebab aq tak pernah tengok lagi..gerhana matahari pernah lah aq tengok..aq rase tak payah lah cerita panjang lebar tentang proses kejadian nya sebab anda tau aq pon tau...kan??

     Sebagai seorang umat islam yang berpegang kepada kitab Al-Quran,Al-Quran adalah panduan terulung bagi umat muslim..menurut hadis,aq pon pasti yang anda mesti tau yang bila terjadinya gerhana bulan atau gerhana matahari,kita amat digalakkan berzikir,berdoa,bersedekah dan menunaikan solat sunat gerhana bulan atau matahari..kalau gerhana bulan anda juga digalakkan sembahyang sunat Khusuf seperti yang disarankan oleh nabi Muhammad S.A.W. sendiri..bagaimana pula kepercayaan pada bangsa yang lain pula??huh,pada entri kali nie lah aq nak ceritakan sikit pasal kepercayaan bangsa dan puak2 yang tertentu tentang gerhana bulan..

    Menurut lagenda cina,bulan melambangkan ataupun mewakili cermin..dan bila terjadinya gerhana bulan ,orang cina akan memukul cermin untuk menghalau naga yang telah menelan bulan..Orang Viking pula percaya ada 2 ekor serigala cuba menelan bulan dan matahari..jadi cara untuk menghalau serigala ''NAKAL'' itu dengan membuat bising..kononnya bila serigala yang terdengar bunyi bising diorang larilah...

   Puak Red Indian percaya roh-roh yang sudah mati ingin memakan bulan..Bomoh puak Indian akan mengadakan upacara menghalau roh-roh itu dan orang-orangnya dilarang makan kerana diorang percaya roh-roh akan kelaparan yang mungkin menjadi punca bulan sebagai menu alternatifnya..

   Dalam banyak2 kepercayaan,aq paling suka dan tertarik dengan kepercayaan sekumpulan puak di hutan Amazon nie..diorang beranggapan bulan bergaduh dengan matahari akibat salah faham dan kononnya pergaduhan itu telah berjaya dibereskan oleh bomoh yang paling hebat di puak itu..Dan nie pulak kesnya ,kerpercayaan nie daripada orang asli orang Amerika iaitu seekor beruang yang sedang asyik mengililingi galaksi bima sakti telah bergaduh dengan bulan kerana bulan menghalang laluannya..Jadi kalau jadiknya gerhana bulan,orang asli di Amerika akan percaya dengan kejadian kat atas lah..

Apa2 pon lagendanya,kita dah semakin maju dalam bidang sains dan astronomi..jadik kejadian gerhana ini samaada bulan atau matahari adalah tanda kebesaran tuhan yang agung dan pencipta sekalian alam...



NOTA:TERIMA KASIH KERANA MEMBACA..


Saturday, 10 December 2011

Aktiviti yang boleh anda lakukan ketika Bosan

            
Jika anda berasa bosan apa yang akan anda buat...memang kalau aq sendiri duduk sorang2 atau berdua jek dengan abang  perasaan bosan die memang rasa macam nak cekik-cekik jek orang yang lalu lalang dekat umah aq tu...jadik pada entri kali nie,aq nak kongsikan dekat anda cara yang paling ideal untuk menghilangkan bosan ketika takda nak buat apa2 ataupun bahasa mudahnya takda keje..

1#..Mula2 anda kena jalan kaki ke bilik..dah sampai bilik pergi main laptop atau komputer bkak la facebook ke blog ke youtube ke sampai la bijikmata lebam dengan juling..bkak youtube tu bkak video lagu atau pun video lawak jek jangan bkak video yang bukan2..

2#..Lpas anda dah bosan dah dengan facebook yang asyik mengadap muka sama jek yang online tutup laptop/komputer..lpastu bkak tv..mungkin agak malang la sapa yang takda ASTRO ..bkak channel yang anda suka..kalau takda jgak channel yang best tutup tv..pastu hantuk kepala dekat dinding sampai berdarah tanda bosan..

3#..Lepas kepala dah berdarah basuh dekat paip sampai aliran darah berhenti..masuk bilik baring dekat katil  tenung2 syiling sambil main Barbie..bosan lagi amik buku komik atau majalah atau apapon bahan bacaan..baca walaupun dah beribu kali katam..

4#..Habis baca majalah keluar rumah jap tgk kot2 ada awek yang boleh usya..kalau takda panggil la sapa2 nama yang anda rasa geram teramat sangat dengan dia sekuat hati..dah puas masuk rumah balik..

5#..Bkak balik tv anda kot2 rancangan yang anda tak suka tadi dah habis..kalau cerita dekat tv tu sampah jgak jgn la nak membazir elektrik..tutup..

6#..Bkak laptop/komputer tadi main game Winning Eleven 9..habis kalau asyik menang jek memang la bosan,tutup game tu ,main game lain plak..




7#..Dah puas main,bkak internet download movie yang best dan baru2..

8#..Sementara nak tunggu download habis,perut dah mula berkeroncong,pergi selongkar peti ais..jumpa sosej..tapi makanan beku plak malas nak goreng simpan balik..



9#..Masuk bilik,pergi dekat tingkap tgk pokok pisang sambil tengok pokok2 yang menghijau best kalau 
 korek2 hidung..

10#..Bkak laptop/komputer tengok download dah habis belom..last2 download fail..hati pun sakit ambik bantal HelloKitty adik, tido sampai petang..

Dah tau tak macam mana step2 nak hilangkan bosan..haha,aq syorkan pada anda jangan la ikut sangat perangai gila,tak senonoh dan pemalas dekat atas.Sekian..



NOTA: TERIMA KASIH KERANA MEMBACA.. 











Monday, 5 December 2011

Bufet Monyet..



Jika anda berkunjung ke hotel,makanan yang akan pihak hotel sajikan untuk para pengunjung mesti dengan cara buffet bukan??cara buffet ialah anda hanya perlu membayar sekali dan makanlah seberapa banyak yang anda nak..tapi pada entri kali ini aq bukannya nak cerita pasal buffet untuk manusia ataupun buffet dekat hotel..aq nak ceritakan dekat anda tentang buffet monyet..

Festival ini berlaku di negara jiran kita iaitu di Lopburi,Thailand..festival ini bertujuan untuk meningkatkan lagi para pelancong ke negara tersebut..para pelancong kelihatan ketawa dan terhibur dengan aksi2 monyet itu yang lemas dalam longgokan buah-buahan..pada festival kali ini ,terdapat 2000 ekor monyet menyertai festival ini...tugas monyet itu senang sahaja iaitu perlu menghabiskan beribu longgokan buah-buahan seperti tembikai,belimbing,nenas,buah naga dan sebagainya..

Bermacam-macam aksi monyet dapat diperhatikan..ada yang lemas dalam longgokan buah-buahan,ada yang makan tanpa henti,dan ada yang mengambil buah dan kulit buah dibaling kepada pengunjung...


PELAHAP PUNYA MONYET

Ada juga monyet yang cuba bermanja dengan para pengunjung seperti bermain anting2,menarik rambut dan berkasih sayang...jadi monyet di Lopbhuri ini seharusnya bersyukur kerana di kebanyakan tempat lain monyet dijadikan hidangan eksotik atau ditangkap dan dibunuh kerana menganggu ketenteraman awam tetapi di Lopbhuri monyet dilayan seperti raja..

                                               TEANJAT BOBOI

Dalam kalangan masyarakat di Lopbhuri nie,mereka anggap yang memberikan kebaikan dan keistimewaan kepada monyet dapat menempatkan diorang di syurga..dan sebab itulah diorang memberi kebaikan kepada monyet..JOM KITA LIHAT ANTARA GELAGAT2 MONYET...


                                GAMBAR DEKAT TIN TU SHAHRUL AZWARI


























Friday, 2 December 2011

9 Sejarah dan fakta2 yang menarik tentang AISKRIM


Mungkin bagi aq dah lama dah tak tulis entri..biasalah sibuk..jadi pada entri kali ini aq nak ceritakan dekat anda tentang 9 sejarah dan fakta2 yang menarik tentang aiskrim..Cuba anda tengok gambar diatas,sedapkan..aq sndiri pun tgk gambar tu pon dah boleh meleleh air liur..antara contoh2 nama aiskrim yang agak popular ialah Magnum,Walls dan cornetto..ada juga aiskrim yang jenis potong,aiskrim Malaysia dan banyak lagi jenis2 dan nama2 pengeluar produk manisan ini..siapa yang tak suka aiskrim..mak dengan ayah aq yang dah 40 an pun suka aiskrim nie kan pulak orang2 muda macam kita..jadik kalau anda yang tau lebih lanjut baca lah entri nie sampai habis...ok selamat membaca..

1..Kedai aiskrim pertama didunia dibuka pada tahun 1776 di New York city..
2..Ketika makan aq ada jugak terfikir sapalah pencipta aiskrim..jadi aq research dekat internet pencipta aiskrim ialah JAKSON AUGUST..yang berasal daripada Philepedhia..
3..Aiskrim mula dicipta pada tahun 1600..
4..Sebenarnya aiskrim ialah makanan yang hanya dinikmati oleh orang2 berada sahaja..ini kerana aiskrim adalah makanan pencuci mulut yang paling istimewa dan mahal pada ketika dahulu..sekarang aiskrim boleh dinikmati oleh sesapa sahaja..
5..Pada tahun 1851,aiskrim mula berkembang pesat di seluruh Amerika dan manisan tersebut makin digemari oleh penduduk disana..



6..Pada ketika dahulu,aiskrim tidak mempunyai perisa vanilla..jadi Thomas Jefferson mengambil inisiatif untuk  menciptakan aiskrim perisa bahan yang termahal di dunia itu pada tahun 1851..
7..Tahukah anda yang aiskrim jugak mempunyai  HARI AISKRIM KEBANGSAAN..


8..Mengikut purata rakyat  Amerika adalah negara yang paling  banyak menghabiskan masa memakan aiskrim iaitu sekitar 15-20 liter setahun..
9..Jika anda mahu menjual aiskrim,takkanlah mahu menggunakan sudu untuk mencedok aiskrim tersebut..jadi
Alfred L.Cralle telah mencipta pencedok aiskrim yang pertama didunia..


                                                    ALFRED L. CRALLE

Monday, 14 November 2011

KISAH HIDUP GREYSON CHANCE

Greyson Chance





Budak Amerika nie makin lama makin menarik perhatian ramai gadis2 kat luar sana...ada yang mengaku sebagai GF diorang ada yang itu ada yang ini,jadik aq pon nak lah cerita sikit pasal budak berbakat nie...


Greyson Michael Chance dilahirkan pada 16 Ogos 1997....beliau lahir di Wichita Texas...beliau harus terhutang budi dengan Lady Gaga kerana penyanyi tersebut lah yang mempopularkan penyanyi yang hanya berusia 14 tahun ini..selain bakat menyanyi,beliau juga amat berbakat bermain piano...tahukah anda beliau memiliki gred 6 dalam permainan piano(wow,terer seyh))..beliau menjadi terkenal kerana beliau digunakan oleh gaga sebagai pemain piano dalam lagunya yang berjudul Paparazzi....video permainan piano nya yang amat menakjubkan itu telah dimuat naik ke dalam youtube....apabila dah dimuat naik kat youtube,video tersebut telah menerima pandangan daripada berjuta2 orang dan pujian...dan dari situlah kerjaya nyanyian nya mula berkembang...anak bongsu daripada pasangan  Scott DAN Lisa Chance INI tinggal di Edmond,Oklohama..beliau mula bermain piano seawal usia 8 tahun dan tidak menerima sebarang latihan khusus...kiranya bahasa mudahnya usaha sendiri la...beliau berkata minatnya mahu bermain piano adalah kerana melihat anugerah MTV yang dipersembahkan oleh penyanyi kegemaran lady gaga yang hebat bermain piano ketika menyampaikan lagu berjudul paparazzi..sepanjang membace entri ini,korang mesti tertanya2 siapa individu yang bertanggungjawab menyebarkan video itu ke youtube bukan? orang itu ialah abang beliau sendiri iaitu Tanner...





                                                       GREYSON CHANCE


setelah popular,beliau telah dijemput ke program televisyan pertamanya...beliau dijemput untuk membuat persembahan dan bercerita tentang kerjayanya....lagu pertamanya ialah broken heart..dan selepas itu dia telah dihujani dengan banyak kontrak rakaman...







Beliau bersama sama dengan MIRANDA COSGROVE(gambar) memperomosikan album terbarunya...dan sampai disini sahajalah yang aq mampu untuk bersama sama berkongsi dengan korang serba sedikit tentang budak berbakat ni...sebelum berpisah aq nak lah berkongsi nan korng sume video lagu popular beliau...enjoy!!!


                                                     UNFRIEND






                                          WAITING OUTSIDE THE LINE


TERIMA KASIH KEPADA SESIAPA YANG MEMBACA..SESUNGGUHNYA SESIAPA YANG BERANGAN ATAU BERHARAP AGAR MENJADIKAN BELIAU SEBAGAI BF KORANG ANDA SILAP!!!KERANA BELIAU SUDAH BERPUNYA..GAMBAR GF BELIAU ADA DIBAWAH-.






       











JADIK BERUSAHA LAGI UNTUK MENCARI BF YANG LAIN K???HAHAHA!!!!







Saturday, 12 November 2011

Kisah hidup Cristiano Ronaldo #Bahagian 2






Setelah beliau berjaya dipancing oleh Man utd,beliau telah bermain sebagai pemain gantian ketika menentang Bolton Wanderers..ketika itu beliau bermain selama 30 minit..walaupun tidak menjaringkan gol,tetapi beliau telah menunjukkan aksi yang mempersonakan..30 minit ini akan diingat oleh beliau dan peminat united sampai bila2..pada november 2003,beliau telah menjaringkan gol cantik berpunca daripada sepakan percuma yang menerjah jaring lawan...ketika itu Man Utd menentang Porthsmouth dan berkesudahan united 3-0 pompey..berikut merupakan video sepakan percuma yang cantik beliau ketika menentang pompey


Walaupun mempunyai skill dan larian yang mempersonakan,namun beberapa tahun kemudian dia telah dikritik hebat atas beberapa kesilapan bodohnya dan beberapa aksi yang tidak memuaskan..namun beliau tidak berputus asa dan terus berusaha untuk memperbaiki permainan nya..kritikan tersebut tidak membuatkan alex ferguson untuk tidak menyenaraikan beliau sebagai pemain utama..




Cristiano Ronaldo in Manchester United

  
Pada sekitar tahun 2005,beliau mendapat sedikit kejutan kerana mendapati bapa nya telah meninggal dunia akibat penyakit ketagihan alkohol....atas sebab itu,ibunya menasihati beliau agar jangan sesekali meminum minuman yang beralkohol agar tidak menjadi seperti bapanya..


Cristiano Ronaldo father, Dinis dos Santos Aveiro
                                                gambar bapanya



         Setelah menonjol di kelab,beliau mula mendapat tempat dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan portugal(senior) dan membantu portugal mara ke final untuk menentang greece..namun beliau gagal untuk membantu negaranya memenangi piala Eropah tersebut....wajahnya terpampang di seluruh dunia kerana menangis(malu seh)...


                                          wajahnya selepas perlawanan



Beberapa tahun kemudian beliau sekali lagi membantu portugal layak ke separuh akhir piala dunia 2006 di German..dalam perlawanan itu portugal menentang england..namun di sebalik kegembiraan ada juga kekecewaan yang terpaksa ditanggung oleh nya...ini kerana ketika perlawanan bersama united beliau telah diejek dan dihina oleh penyokong england kerana bermain untuk portugal dan menyingkirkan negara tercinta mereka...(aq rase penyokong england dah macam penyokong indon dah fanatik gler!)....Perkara tersebut menyebabkan beliau  mahu berpindah dari england namun alex ferguson memujuknya .....akhirnya,beliau tidak meninggalkan united...setelah beberapa tahun selepas itu beliau mengejutkan ramai pihak dengan menunjukkan aksi yang amat menakjubkan.....musim tersebut ialah musim 2008..tau tak yang beliau menjaringkan 40 gol dalam satu musim(aaaaarghhhhhh!!!teanjat boboi)...penyokong kembali meminati beliau(penyokong seperti lalang di tepi rumah cik mendan)beliau berkate kepada para wartawan"semua kutukan dan hinaan adalah menjadi pembakar semangat untuk saya berjaya"......kata2 emas itu patut dicontohi oleh ramai pemain bola sepak yang lain...


Cristiano Ronaldo silence
                      antara aksi beliau selepas menjaringkan gol







NOTA:TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...TUNGGU ENTRI BAHAGIAN AKHIR,TERIMA KASIH SEKALI LAGI..BYE










                                        







8 FAKTA MENARIK TENTANG AGUERO DAN TEVEZ

CARLOS TEVEZ








             
            vs


                                   SERGIO AGUERO








                                                   
1..Sergio Aguero lebih muda 4 tahun berbanding Carlos Tevez dan telah menjaringkan 121 gol dalam 281 penampilan untuk penampilan kelab dan negara bersamaan 0.43 gol dalam satu perlawanan manakala Tevez pula menjaringkan 101 dalam 262 perlawanan kelab dan negara dan bersamaan dengan 0.39 gol dalam satu perlawanan..


2.Aguero telah menjaringkan 16 gol dari 34 penampilan dikejohanan eropah manakala tevez menjaringkan 6 gol dalam 33 penampilan 


3.Dari jumlah 60 gol yang Man city Tevez telah memberi sumbangan sebanyak 43 % manakala Aguero hanya menyumbangkan 38% buat Athletico Madrid..


4.Kedua2 mereka pernah memenangi pingat emas bersama Argentina iaitu Tevez pada 2004 dan Aguero 2008..


5.Aguero merupakan penjaringkan ketiga terbanyak dalam la liga pada musim 10-11  dan Tevez adalah penjaring terbanyak dalam liga BPL pada musim 10-11..


6.City tidak pernah tewas setiap kali Tevez menghasilkan gol manakala Aguero telah membantu Athletico mencapai 15 kemenangan,4 seri,6 kekalahan..


7.Aguero pernah merakam lagu berjudul el kun Aguero manakala Tevez pula ialah penyanyi utama bagi kumpulan Pialo Vago!


8.Lher Tevez mempunyai parut(ganas!!!) manakala aguero tak de parut dekat leher..


























Lahirnya Sebuah Blog idaman.....



Setelah sekian lama mengidamkan sebuah blog sendiri,akhirnya aku telah berjaya "mencipta"(aku tau ia menjengkelkan) sebuah blog sendiri.. walaupun tidak menggunakan blog berbayar(wordpress,aku raselah name die),tapi blog nie jek dah cukup untuk aq berjinak2 dalam dunia berblogging nie...
         
           Bagi aq lah,blog kegemaran aq ialah THE OTHER KHAIRUL,TAO2AJER,PEJUANG KESENIAN EXTREME,BLOG TOK WAN,USTAZ LOVE MENULIS dan beberapa lagi blog yang aq dah xingat name die..aq masih ingat lagi entri2 menarik dari penulis blog yang aku sebutkan diatas sampai aq tak boleh tidur memikirkan cerita@ragam mereka yang bersahaja saja...

           Aku pun pernah kata dengan mak aku yang aku nak tido tapi aq masok bilik bkak laptop bace blog kegemaran aku diatas...kadang2 aku pikir balek lawak pulak...haha(ketawe dengan nada yang menjengkelkan)...

           Aku rase pon dah tak tau lagi nak tulis ape,jadik aku nak mintak lah dekat blogger2 yang lebih senior dari aq supaya bagi lah serba sedikit tunjuk ajar atau berilah pendapat dekat aq supaya aq menjadi insan yang berjaya(ceh)hehe...

KISAH HIDUP CRISTIANO RONALDO..#bahagian 1



Bohong jika korang kata yang korang tak kenal CRISTIANO RONALDO..Btol tak??jadi aq sebagai peminat setia bola sepak naklah berkongsi dengan korang kisah bintang bola sepak dunia ini..

Cristiano Dos Santos Aviero telah dilahirkan di Funchal,Madeira,Portugal bersamaan dengan 5 februari 1985..berat beliau ialah 85 kg(amboi beratnyer)...Beliau adalah anak kepada pasangan suami isteri yang bernama Maria Dolores Dos Santos Aviero dan Jose Dinis Aviero..beliau mempunyai seorang kakak perempuan yang bername Liliana Catia dan abang bernama Hugo...
Cristiano Ronaldo family
Gambar beliau ketika kecil bersama ahli keluarga


Langkah pertama beliau dalam bergelumang dalamarena bolasepak bermula dengan beliau menyertai kelab amatur bernama Andorinha semasa beliau masih berusia 8 tahun..Beberapa tahun kemudian beliau telah berhijrah ke kelab CD Nacional salah satu kelab yang paling terkenal di Madeira sekitar umur beliau 10 tahun..namun beliau tidak berada lama di kelab tersebut,kerana beliau cuba dipujuk oleh ahli pengurusan besar Sporting Lisbon salah satu kelab yang paling besar di Portugal...

Cristiano Ronaldo Andorinha












                 Gambar ketika bersama Sporting Lisbon
Jadi beliau mengambil keputusan untuk menerima tawaran tersebut..Namun beliau telah meninggalkan keluarga nya untuk berlatih bersama Sporting Lisbon..sejak itu beliau telah berlajar hidup berdikari..beliau telah berlatih dengan kelab beberapa tahun dan ketika usia beliau mencecah 16 tahun kerjaya beliau mula mengembang..beliau telah memulakan karier seniornya menentang Moreirense..dalam perlawanan tersebut beliau telah menjaringkan gol(berape gol tak pasti) dan aksi beliau telah membuka mata dunia..selepas itu beliau pertama kalinya beraksi di peringkat eropah iaitu 
       UEFA CHAMPIONS LEAGUE..(KELAYAKAN) menentang Inter Milan..
       
Cristiano Ronaldo Sporting
                                  Ketika sedang beraksi
Ketika berusia 17 tahun beliau telah menarik perhatian dunia dengan aksi yang mempersonakan dan telah berjaya memikat hati jurulatih Portugal bawah 17 tahun untuk memilih beliau sebagai pemain utama..ketika itu arsenal dan liverpool bertelagah untuk cuba menarik beliau ke kelab mereka..namun ketika perlawanan persahabatan dengan Man Utd,para pemain united telah terpikat dengan aksi beliau dan memujuk agar Alex Ferguson membida pemain yang sungguh berbakat ini..dan united telah membeli pemain ini pada musim 2003 dengan nilai perpindahan



Cristiano Ronaldo vs Manchester United


      Aksi beliau ketika perlawanan persahabatan dengan united






Cristiano Ronaldo debut vs Bolton


                                      Aksi ketika menyarung jesi united








NOTA: terima kasih sebab membace,nantikan bahagian yang ke-2 
















COMMENT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...