Pengunjung
Monday, 14 November 2011
KISAH HIDUP GREYSON CHANCE
Budak Amerika nie makin lama makin menarik perhatian ramai gadis2 kat luar sana...ada yang mengaku sebagai GF diorang ada yang itu ada yang ini,jadik aq pon nak lah cerita sikit pasal budak berbakat nie...
Greyson Michael Chance dilahirkan pada 16 Ogos 1997....beliau lahir di Wichita Texas...beliau harus terhutang budi dengan Lady Gaga kerana penyanyi tersebut lah yang mempopularkan penyanyi yang hanya berusia 14 tahun ini..selain bakat menyanyi,beliau juga amat berbakat bermain piano...tahukah anda beliau memiliki gred 6 dalam permainan piano(wow,terer seyh))..beliau menjadi terkenal kerana beliau digunakan oleh gaga sebagai pemain piano dalam lagunya yang berjudul Paparazzi....video permainan piano nya yang amat menakjubkan itu telah dimuat naik ke dalam youtube....apabila dah dimuat naik kat youtube,video tersebut telah menerima pandangan daripada berjuta2 orang dan pujian...dan dari situlah kerjaya nyanyian nya mula berkembang...anak bongsu daripada pasangan Scott DAN Lisa Chance INI tinggal di Edmond,Oklohama..beliau mula bermain piano seawal usia 8 tahun dan tidak menerima sebarang latihan khusus...kiranya bahasa mudahnya usaha sendiri la...beliau berkata minatnya mahu bermain piano adalah kerana melihat anugerah MTV yang dipersembahkan oleh penyanyi kegemaran lady gaga yang hebat bermain piano ketika menyampaikan lagu berjudul paparazzi..sepanjang membace entri ini,korang mesti tertanya2 siapa individu yang bertanggungjawab menyebarkan video itu ke youtube bukan? orang itu ialah abang beliau sendiri iaitu Tanner...
GREYSON CHANCE
setelah popular,beliau telah dijemput ke program televisyan pertamanya...beliau dijemput untuk membuat persembahan dan bercerita tentang kerjayanya....lagu pertamanya ialah broken heart..dan selepas itu dia telah dihujani dengan banyak kontrak rakaman...
Beliau bersama sama dengan MIRANDA COSGROVE(gambar) memperomosikan album terbarunya...dan sampai disini sahajalah yang aq mampu untuk bersama sama berkongsi dengan korang serba sedikit tentang budak berbakat ni...sebelum berpisah aq nak lah berkongsi nan korng sume video lagu popular beliau...enjoy!!!
UNFRIEND
WAITING OUTSIDE THE LINE
TERIMA KASIH KEPADA SESIAPA YANG MEMBACA..SESUNGGUHNYA SESIAPA YANG BERANGAN ATAU BERHARAP AGAR MENJADIKAN BELIAU SEBAGAI BF KORANG ANDA SILAP!!!KERANA BELIAU SUDAH BERPUNYA..GAMBAR GF BELIAU ADA DIBAWAH-.
JADIK BERUSAHA LAGI UNTUK MENCARI BF YANG LAIN K???HAHAHA!!!!
Saturday, 12 November 2011
Kisah hidup Cristiano Ronaldo #Bahagian 2
Setelah beliau berjaya dipancing oleh Man utd,beliau telah bermain sebagai pemain gantian ketika menentang Bolton Wanderers..ketika itu beliau bermain selama 30 minit..walaupun tidak menjaringkan gol,tetapi beliau telah menunjukkan aksi yang mempersonakan..30 minit ini akan diingat oleh beliau dan peminat united sampai bila2..pada november 2003,beliau telah menjaringkan gol cantik berpunca daripada sepakan percuma yang menerjah jaring lawan...ketika itu Man Utd menentang Porthsmouth dan berkesudahan united 3-0 pompey..berikut merupakan video sepakan percuma yang cantik beliau ketika menentang pompey
Walaupun mempunyai skill dan larian yang mempersonakan,namun beberapa tahun kemudian dia telah dikritik hebat atas beberapa kesilapan bodohnya dan beberapa aksi yang tidak memuaskan..namun beliau tidak berputus asa dan terus berusaha untuk memperbaiki permainan nya..kritikan tersebut tidak membuatkan alex ferguson untuk tidak menyenaraikan beliau sebagai pemain utama..
Pada sekitar tahun 2005,beliau mendapat sedikit kejutan kerana mendapati bapa nya telah meninggal dunia akibat penyakit ketagihan alkohol....atas sebab itu,ibunya menasihati beliau agar jangan sesekali meminum minuman yang beralkohol agar tidak menjadi seperti bapanya..
gambar bapanya
Setelah menonjol di kelab,beliau mula mendapat tempat dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan portugal(senior) dan membantu portugal mara ke final untuk menentang greece..namun beliau gagal untuk membantu negaranya memenangi piala Eropah tersebut....wajahnya terpampang di seluruh dunia kerana menangis(malu seh)...
wajahnya selepas perlawanan
Beberapa tahun kemudian beliau sekali lagi membantu portugal layak ke separuh akhir piala dunia 2006 di German..dalam perlawanan itu portugal menentang england..namun di sebalik kegembiraan ada juga kekecewaan yang terpaksa ditanggung oleh nya...ini kerana ketika perlawanan bersama united beliau telah diejek dan dihina oleh penyokong england kerana bermain untuk portugal dan menyingkirkan negara tercinta mereka...(aq rase penyokong england dah macam penyokong indon dah fanatik gler!)....Perkara tersebut menyebabkan beliau mahu berpindah dari england namun alex ferguson memujuknya .....akhirnya,beliau tidak meninggalkan united...setelah beberapa tahun selepas itu beliau mengejutkan ramai pihak dengan menunjukkan aksi yang amat menakjubkan.....musim tersebut ialah musim 2008..tau tak yang beliau menjaringkan 40 gol dalam satu musim(aaaaarghhhhhh!!!teanjat boboi)...penyokong kembali meminati beliau(penyokong seperti lalang di tepi rumah cik mendan)beliau berkate kepada para wartawan"semua kutukan dan hinaan adalah menjadi pembakar semangat untuk saya berjaya"......kata2 emas itu patut dicontohi oleh ramai pemain bola sepak yang lain...
antara aksi beliau selepas menjaringkan gol
NOTA:TERIMA KASIH KERANA MEMBACA...TUNGGU ENTRI BAHAGIAN AKHIR,TERIMA KASIH SEKALI LAGI..BYE
8 FAKTA MENARIK TENTANG AGUERO DAN TEVEZ
CARLOS TEVEZ |
vs
SERGIO AGUERO
1..Sergio Aguero lebih muda 4 tahun berbanding Carlos Tevez dan telah menjaringkan 121 gol dalam 281 penampilan untuk penampilan kelab dan negara bersamaan 0.43 gol dalam satu perlawanan manakala Tevez pula menjaringkan 101 dalam 262 perlawanan kelab dan negara dan bersamaan dengan 0.39 gol dalam satu perlawanan..
2.Aguero telah menjaringkan 16 gol dari 34 penampilan dikejohanan eropah manakala tevez menjaringkan 6 gol dalam 33 penampilan
3.Dari jumlah 60 gol yang Man city Tevez telah memberi sumbangan sebanyak 43 % manakala Aguero hanya menyumbangkan 38% buat Athletico Madrid..
4.Kedua2 mereka pernah memenangi pingat emas bersama Argentina iaitu Tevez pada 2004 dan Aguero 2008..
5.Aguero merupakan penjaringkan ketiga terbanyak dalam la liga pada musim 10-11 dan Tevez adalah penjaring terbanyak dalam liga BPL pada musim 10-11..
6.City tidak pernah tewas setiap kali Tevez menghasilkan gol manakala Aguero telah membantu Athletico mencapai 15 kemenangan,4 seri,6 kekalahan..
7.Aguero pernah merakam lagu berjudul el kun Aguero manakala Tevez pula ialah penyanyi utama bagi kumpulan Pialo Vago!
8.Lher Tevez mempunyai parut(ganas!!!) manakala aguero tak de parut dekat leher..
Lahirnya Sebuah Blog idaman.....
Setelah sekian lama mengidamkan sebuah blog sendiri,akhirnya aku telah berjaya "mencipta"(aku tau ia menjengkelkan) sebuah blog sendiri.. walaupun tidak menggunakan blog berbayar(wordpress,aku raselah name die),tapi blog nie jek dah cukup untuk aq berjinak2 dalam dunia berblogging nie...
Bagi aq lah,blog kegemaran aq ialah THE OTHER KHAIRUL,TAO2AJER,PEJUANG KESENIAN EXTREME,BLOG TOK WAN,USTAZ LOVE MENULIS dan beberapa lagi blog yang aq dah xingat name die..aq masih ingat lagi entri2 menarik dari penulis blog yang aku sebutkan diatas sampai aq tak boleh tidur memikirkan cerita@ragam mereka yang bersahaja saja...
Aku pun pernah kata dengan mak aku yang aku nak tido tapi aq masok bilik bkak laptop bace blog kegemaran aku diatas...kadang2 aku pikir balek lawak pulak...haha(ketawe dengan nada yang menjengkelkan)...
Aku rase pon dah tak tau lagi nak tulis ape,jadik aku nak mintak lah dekat blogger2 yang lebih senior dari aq supaya bagi lah serba sedikit tunjuk ajar atau berilah pendapat dekat aq supaya aq menjadi insan yang berjaya(ceh)hehe...
KISAH HIDUP CRISTIANO RONALDO..#bahagian 1
Bohong jika korang kata yang korang tak kenal CRISTIANO RONALDO..Btol tak??jadi aq sebagai peminat setia bola sepak naklah berkongsi dengan korang kisah bintang bola sepak dunia ini..
Cristiano Dos Santos Aviero telah dilahirkan di Funchal,Madeira,Portugal bersamaan dengan 5 februari 1985..berat beliau ialah 85 kg(amboi beratnyer)...Beliau adalah anak kepada pasangan suami isteri yang bernama Maria Dolores Dos Santos Aviero dan Jose Dinis Aviero..beliau mempunyai seorang kakak perempuan yang bername Liliana Catia dan abang bernama Hugo...
Gambar beliau ketika kecil bersama ahli keluarga
Langkah pertama beliau dalam bergelumang dalamarena bolasepak bermula dengan beliau menyertai kelab amatur bernama Andorinha semasa beliau masih berusia 8 tahun..Beberapa tahun kemudian beliau telah berhijrah ke kelab CD Nacional salah satu kelab yang paling terkenal di Madeira sekitar umur beliau 10 tahun..namun beliau tidak berada lama di kelab tersebut,kerana beliau cuba dipujuk oleh ahli pengurusan besar Sporting Lisbon salah satu kelab yang paling besar di Portugal...
Gambar beliau ketika kecil bersama ahli keluarga
Langkah pertama beliau dalam bergelumang dalamarena bolasepak bermula dengan beliau menyertai kelab amatur bernama Andorinha semasa beliau masih berusia 8 tahun..Beberapa tahun kemudian beliau telah berhijrah ke kelab CD Nacional salah satu kelab yang paling terkenal di Madeira sekitar umur beliau 10 tahun..namun beliau tidak berada lama di kelab tersebut,kerana beliau cuba dipujuk oleh ahli pengurusan besar Sporting Lisbon salah satu kelab yang paling besar di Portugal...
Jadi beliau mengambil keputusan untuk menerima tawaran tersebut..Namun beliau telah meninggalkan keluarga nya untuk berlatih bersama Sporting Lisbon..sejak itu beliau telah berlajar hidup berdikari..beliau telah berlatih dengan kelab beberapa tahun dan ketika usia beliau mencecah 16 tahun kerjaya beliau mula mengembang..beliau telah memulakan karier seniornya menentang Moreirense..dalam perlawanan tersebut beliau telah menjaringkan gol(berape gol tak pasti) dan aksi beliau telah membuka mata dunia..selepas itu beliau pertama kalinya beraksi di peringkat eropah iaitu
UEFA CHAMPIONS LEAGUE..(KELAYAKAN) menentang Inter Milan..
Ketika sedang beraksi
Ketika berusia 17 tahun beliau telah menarik perhatian dunia dengan aksi yang mempersonakan dan telah berjaya memikat hati jurulatih Portugal bawah 17 tahun untuk memilih beliau sebagai pemain utama..ketika itu arsenal dan liverpool bertelagah untuk cuba menarik beliau ke kelab mereka..namun ketika perlawanan persahabatan dengan Man Utd,para pemain united telah terpikat dengan aksi beliau dan memujuk agar Alex Ferguson membida pemain yang sungguh berbakat ini..dan united telah membeli pemain ini pada musim 2003 dengan nilai perpindahan
Aksi beliau ketika perlawanan persahabatan dengan united
Aksi ketika menyarung jesi united
NOTA: terima kasih sebab membace,nantikan bahagian yang ke-2
Thursday, 10 November 2011
K-POP best ke??
Haisyhhh,aq nak naik meluat dengan remaja zaman sekarang..mane x nyer asal sikit k-pop,asal sikit k-pop,aq nak naik meluat dah(lagi sekali)...dekat fb aq paling tak suke serius orang cakap pasal k-pop..entah lah aq pon pelik,ape yang best sangat ntah irama k-pop..dah la ape yang die nyanyi x paham,melodi pon tak sedap,ade yang melodi sedap tapi takat yang memuaskan jek...
Melodi tak die terus-terang aq cakap memang macam budak2...ni huh contoh video dari kumpulan super junior-sorry2....
Huh ko rang dah tgk lom video kat atas??ape komen??tapi inilah jujur dalam hati aq bley la layan sikit lagu nie,tu pon tahap yang ok2 jek..super junior-no other
Jadi secara kesimpulanya aq memang anti la k-pop music,tapi tak de lah seteruk mane cume entah laa aq pon tak tau nak cakap cam ne,hehe
NOTA:peminat2 k-pop sorry ea kalau terase
Subscribe to:
Posts (Atom)